Halaman

Isnin, 15 September 2008

kesenian


Tarian Zapin (Jawi:زافين) merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan diketahui berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di tanah nusantara iaitu di tanah semanjung melayu, kepulauan Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Ini telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Dengan itu tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan tersendiri menurut tempat ia ditarikan, antaranya adalah:-
Tarian Zapin Arab
Tarian Zapin Johor
Tarian Zapin Lenga
Tarian Zapin Pekan
Tarian Zapin Tenglu
Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu. Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang dan marakas.

sekarang tarian zapin lebih popular di negeri johor darul ta'zim, bemacam jenis tarian zapin terdapat di negeri johor mengikut daerah masing. sebagai contoh zapin kores berasal dari daerah batu pahat, zapin bunian berasal dari daerah pontian, zapin pekajang berasal dari gelang patah, zapin pulau dari mersing.
setiap jenis zapin ini mempunyai berbagai pola yang menarik.Di negeri johor yayasan warisan johor adalah sebuah badan kebudayaan yang bertangunggjawap memelihara tarian zapin ini dari terus luput.untuk mengetaui lebih lanjut lg tentang tarian zapin ini, anda bolehlah melayari laman web badan ini di http://www.ywj.gov.my/.
bagi rakyat negeri johor mungkin telah teruja dengan keasyikan tarian ini, tetapi bagi yang belum mengetahui atau yang ingin mengetahui lebih lanjut layarilah laman ywj.pasti anda teruja.
sekian.. can cin ci

0 ulasan: