Halaman

Isnin, 5 Oktober 2009

JUTAWAN MALAYSIA : RAJA KURMA Yusuf Taiyoob!


“INI adalah pencapaian saya selepas 30 tahun bergelumang dalam perniagaan, apatah lagi saya bermula dari zero (kosong),” kata Datuk Yusuf Taiyoob secara ringkas sebaik saja beliau mempelawa wartawan dan jurugambar Metro Ahad memasuki ruang pejabat barunya di kawasan perindustrian Bukit Minyak, Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang.Yang menarik, kompleks kilangnya terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak akan terlepas pandang melihat bangunan berwarna coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut.Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar ‘Raja Kurma Malaysia’, malah anak sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk Kurma’.
Kini syarikat miliknya, Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (Yusuf Taiyoob) menjadi pembekal terbesar pelbagai jenis kurma dan produk mentah makanan kering serta basah dari luar negara untuk pasaran di Malaysia dengan kira-kira 3,000 rangkaian pengedar di seluruh negara.Prinsip utama dalam hidup Yusuf ialah beliau tidak suka bekerja dengan orang lain atau bergelar pekerja tetapi lebih suka menjadi bos biarpun terpaksa melalui pelbagai kesukaran dan pengalaman pahit.“Saya menghadapi banyak kesukaran dalam perniagaan pertama saya iaitu menjual minyak wangi. Pada masa itu saya berumur 21 tahun dan ada pihak langsung tidak memandang saya, tetapi saya bersyukur mendapat bantuan keluarga.“Itu menyedarkan saya, apabila anda tiada kepentingan atau daripada syarikat kecil, orang tidak akan pandang langsung, malah anda akan ditendang ke sana ke sini,” kata bapa kepada tiga anak itu.
Yusuf yang masih kelihatan muda dan bertenaga meskipun usia mencecah 50 tahun berkata, selepas gagal dalam perniagaan minyak wangi, beliau mencuba pelbagai perniagaan lain, termasuk mengedar produk bunga safron, biji gajus, makanan kering dan rempah.Beliau kemudian mencari bentuk perniagaan baru, walaupun menyedari kesulitan bakal dihadapi hinggalah terfikir untuk menjadi pembekal kurma di negara ini.Walaupun menyedari wujud persaingan pada waktu memulakan perniagaan kurma pada 1990, beliau percaya sudah ada pelanggan tetap, selain harga berpatutan dengan jaminan produk berkualiti.Yang penting, menurut Yusuf, seseorang perlu tahu tahap mana kemampuan mereka untuk bersaing dalam perniagaan yang penuh cabaran dan berliku-liku meskipun sedar kadangkala pesaing sanggup membuat apa saja dalam perniagaan mereka.“Selain itu kita perlu bersyukur dengan rezeki diberikan Allah dan jangan cepat lupa diri,” katanya yang sentiasa merancang bentuk jenis iklan yang mahu disiarkan setiap kali menjelang Ramadan.
Dalam usaha memastikan semua produk edarannya dijamin berkualiti dan segar, beliau membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk menggunakan teknologi terkini dalam mengendalikan stor simpanan sejuk bekunya.Teknologi yang diimport dari Amerika Syarikat itu membolehkan sebarang kebocoran gas amonia dapat dikesan lebih awal. Sistem itu mampu memberi amaran awal secara automatik jika berlaku kebocoran.Ketika ini kompleks itu memiliki enam stor simpanan sejuk yang mampu memuatkan kira-kira 7,000 tan barangan satu-satu masa dan dua stor simpanan kering untuk kira-kira 3,000 tan barangan.Syarikat itu ketika ini mengimport antara 200 hingga 300 pelbagai jenis makanan daripada buah kurma, minyak zaitun, kacang dhal hingga kepada rempah ratus dari kira-kira 30 negara, antaranya Amerika Syarikat, Iran, Dubai, Afrika Utara dan Arab Saudi.Bagi memastikan stok kurma mampu memenuhi permintaan pasaran, Yusuf memesan dan menyimpan stok berkenaan tiga bulan lebih awal dan sebaik saja musim perayaan tamat, beliau mula memesan stok untuk menyambut Ramadan tahun depan.
Menceritakan sejarah awal pembabitannya dalam perniagaan kurma, beliau pernah berdepan cabaran pertama apabila dua kontena (40 tan) kurma yang diimport dari Iran tidak berapa elok, namun beliau tidak panik.Ini menyebabkan Yusuf pergi ke Iran untuk menemui pengeluar kurma supaya tidak menghadapi masalah sama pada masa akan datang.“Keadaan berubah apabila saya mempunyai lebih pengalaman berbanding pada awal pembabitan. Dulu, disebabkan percayakan pengeluar dan pembekal dari sana (Iran), akhirnya saya terkena,” katanya.Beliau berkata, syarikatnya mengambil masa antara 10 hingga 12 tahun untuk dikenali sebagai pembekal kurma di negara ini, selain kurma edarannya turut menembusi pasaran di Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.Pada masa ini syarikatnya mengedar lebih 10 jenis kurma seperti Rotab Bam, Safia, Mariami, Safina, Ajwa, Jewel, Ajmal dan Anbara yang dijual pada harga berpatutan.Kurma mempunyai tiga peringkat iaitu khalal (kurma muda), rotab (kurma madu) dan thamar (kurma kering) diperolehi dari Tunisia, Oman, Iran, Afrika Selatan, Arab Saudi, Mesir dan Jordan.“Dalam menjual kurma, kita perlu membuat penjenamaan dan teknik pembungkusan yang elok. Apabila ada jenama, orang mudah kenal produk sebelum membelinya, malah saya menitikberatkan aspek kualiti kerana keutamaan kami ialah kepuasan pelanggan.“Saya juga memberi jaminan kepada pelanggan, kurma yang rosak boleh diganti dengan kurma yang lain,” katanya yang boleh dianggap sebagai satu daripada pengimport terbesar produk makanan di rantau Asia kerana kebanyakan produknya diimport dari lebih 30 negara.Malah, Ramadan ini beliau sibuk membekalkan kurma kepada peniaga selepas mendapat banyak bekalan kerana sesuai dengan musim kurma pada Ogos, September dan Oktober.
Walaupun sibuk menjalankan perniagaan, kata Yusuf, beliau tidak pernah lupa untuk memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik.“Kita kena bantu orang susah sebab saya rasa seronok apabila mampu mengurangkan beban mereka, kalau ada lebih kita kena bersedekah dan beringat bahawa rezeki dikurniakan Tuhan,” katanya.
PROFILNAMA: Datuk Yusuf Taiyoob
JAWATAN:Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd
ASAL: Georgetown, Pulau Pinang
UMUR: 50 tahun
ISTERI: Datin Yusnita Ramli
ANAK: Waseem (9), Safiya (6) dan Safina (3)
ADIK-BERADIK: Anak sulung daripada empat beradik
JENIS PERNIAGAAN: Kurma, makanan dalam tin, rempah, makanan kering dan jus buah-buahan

JUTAWAN MALAYSIA : Dato Wan Mohd Sani...pencetus SANI EXPRESS


PADA usia 33 tahun, anak muda ini bagaikan memiliki segala-galanya. Perniagaan yang memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta, memandu kereta Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai RM 9 juta.Memang selayaknya anak muda itu digelar jutawan, tetapi dalam pertemuan baru-baru ini, beliau lebih gemar merendah diri dan mengatakan apa dimilikinya hari ini adalah rezeki diberi Allah SWT.“Saya berusaha keras untuk capai kejayaan seperti hari ini. Namun, ketentuannya adalah daripada Allah SWT,” kata anak muda itu.Anak muda yang dimaksudkan adalah Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (SUSB), Datuk Wan Mohammad Sani Salleh, 33.


Sejak tiga tahun lalu di sana-sini namanya sering menjadi sebutan.Namanya harum kerana bas berwarna merah yang terukir namanya sendiri. Siapa tidak pernah mendengar nama Sani Express.Destinasi ke ‘Pantai Timur’ sudah ditawan dan kini semakin ligat meneroka destinasi ke Alor Setar di utara.Lebih mengagumkan, bermula bulan ini 25 bas dimiliki, semuanya bas dua tingkat yang tampak elegen dan semestinya menjanjikan keselesaan.Bagi Wan Mohd Sani atau lebih mesra dengan panggilan Sani, apa dikecapinya hari ini di luar jangkaan, malah tidak pernah diimpikannya.


Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu merubah kehidupannya ke tahap lebih baik.“Biasalah... dulu saya seperti ‘main-main’. Masuk industri hiburan, jadi model, penyanyi dan pelakon sehingga lama kelamaan saya sedar sampai bila saya harus begitu.“Ketika itu hidup sekadar untuk cari makan dan hiburkan diri sendiri. Bukan saya kata bidang hiburan tak menjanjikan kejayaan, tetapi biasanya sukar untuk cemerlang dalam bidang itu,” katanya ketika ditemui di Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral, Klang bersama rakan karibnya, Pengarah Urusan Federal Malay Holding Sdn Bhd, Datuk Sharifuddin Musa.Selama beberapa tahun menceburi bidang hiburan, Sani mengakui tidak nampak masa depannya dalam bidang itu.Rakannya sejak zaman kanak-kanak, Datuk Sharifuddin dijadikan sebagai inspirasi selepas melihat rakannya berjaya dalam perniagaan.“Melihat rakan yang berjaya, terutama Datuk Din (Datuk Sharifuddin), saya berasa ketinggalan. Dulu dia pernah bersama-sama saya menjadi model, tetapi dia meninggalkan bidang itu terlebih dulu untuk berniaga sehingga berjaya.“Pada masa sama saya sedar, umur semakin meningkat dan yang boleh merubah keadaan saya ketika itu hanya diri saya sendiri,” katanya yang pernah menganggotai kumpulan Impression bersama Norman Hakim dan Eizlan Yusof.Beliau meletakkan tekad untuk merubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri.Katanya, beliau bermula dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu dan seterusnya mencuba perniagaan dalam bidang pengangkutan iaitu bas yang sememangnya menjadi minatnya.“Ketika zaman sekolah, saya bersekolah di Kuala Terengganu dan keluarga pula di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Apabila berpeluang pulang ke Kuala Lumpur saya memilih bas sebagai pengangkutan.“Boleh dikatakan rutin saya ketika bercuti hanya menaiki bas dan tidur di atas bas. Jika ada cuti sehari sekalipun, malam saya naik bas ke Kuala Lumpur dan pada malam keesokan harinya saya pulang ke Kuala Terengganu,” katanya.


Ketika memulakan perniagaan dalam bidang pengangkutan, pelbagai cabaran getir terpaksa ditempuh dan beliau perlu bekerja keras sehingga terpaksa tidur di pejabat.Pada 2003 Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu.“Ketika itu saya bersama dua lagi rakan kongsi. Namun tidak lama kemudian dua rakan itu menarik diri, menyebabkan saya terkontang-kanting seorang diri. Keadaan ketika itu memang getir,” katanya.Beliau terpaksa berhati-hati kerana sebarang keputusan dibuat adalah tanpa dirujuk kepada sesiapa.“Ketika ada dua rakan kongsi itu, saya boleh merujuk kepada mereka, tetapi apabila seorang diri, saya perlu membuat keputusan sendiri.“Jika tersilap membuat keputusan, memang saya akan jatuh. Justeru sebelum membuat keputusan, saya fikir 10 kali,” katanya.Sani berkata, ketika itu beliau hanya ada seorang pekerja dan dengan menggunakan sepenuhnya kudrat dan buah fikirannya, segala perancangan untuk memulakan operasi bas ekspres yang diimpikannya hanya menampakkan hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan modal daripada institusi kewangan.Katanya, beliau menanggung risiko besar kerana pinjaman yang dibuat, tetapi beliau berani dan yakin dengan apa yang dibuat.“Bayangkan jika apa yang saya buat tidak menjadi. Bagaimana saya dapat melunaskan pinjaman dalam jumlah besar itu?“Apapun pada Januari 2006 Sani Express ada di jalan raya dan alhamdulillah perjalanan perniagaan ini lancar, mendapat sambutan dan sejak itu perniagaan saya semakin pesat berkembang,” katanya.


Sani membuktikan ‘jalan’ dipilihnya berbaloi kerana hanya dalam tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan prestasi luar biasa.Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta.Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral itu serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau.


Paling menarik, segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan.Menurut Sani, selain minat, antara faktor kejayaannya adalah sikapnya yang tidak malu bertanya dan belajar daripada sesiapa saja.“Saya bukan sekolah tinggi sangat. Saya belajar daripada orang berpengalaman, malah dengan sesiapa saja. Dengan pemandu bas saya belajar, dengan mekanik saya belajar, malah dengan orang yang pernah gagal juga saya belajar kerana kegagalan itu akan saya jadikan iktibar.“Daripada situ kita dapat ilmu, malah sampai sekarang saya masih belajar. Saya buat analisis dan kajian sendiri, baru kita boleh kendalikan perniagaan dengan baik,” katanya.Statusnya sebagai orang bujang juga banyak memberi kelebihan kepadanya.Beliau belum berkeluarga dan mampu memberi tumpuan 100 peratus kepada perniagaan.“Setakat bekerja keras dari siang hingga tengah malam, ia ibarat alah bisa tegal biasa,” katanya yang menganggap pengalaman menjadikan bas ekspres sebagai pengangkutan utamanya dulu turut menjadi faktor kejayaannya.“Dari dulu saya guna pengangkutan awam (bas ekspres), jadi saya tahu apa yang pelanggan nak dan saya gunakan pengalaman itu ketika menguruskan Sani Express.“Selain itu saya mengambil berat setiap jawatan yang ada di syarikat ini, daripada kerani kaunter hinggalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Ini kerana jika satu saja jawatan tidak berfungsi dengan baik, operasi syarikat akan terganggu,” katanya yang mesra dengan kakitangannya.Sani berkata, tanpa keberkatan dan doa juga, tidak mungkin beliau berjaya.“Apa jua perkara yang kita lakukan, kita kena berpegang kepada agama. Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.“Doa juga penting dan dalam hal ini ibu saya Sharifah Aini Syed Ibrahim Jamalulai sering mendoakan saya, begitu juga ayah saya. Kita juga perlu ingat kepada orang yang pernah membantu kita,” katanya.>


ProfilNAMA: Datuk Wan Mohammad Sani SallehUSIA: 33 tahun

LAHIR: 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu

ADIK BERADIK: Keempat daripada enam beradik

PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)

JAWATAN: Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).

PENCAPAIAN: Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melalyu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April, 2009)


P/S : Sifat cemburu kepada kejayaan rakannya telah menjadikan Dato Wan Mohd Sani berusaha gigih dan bersungguh-sungguh utk berjaya, rakan baik beliau juga yg sentiasa terbuka utk membantu dan membimbing beliau juga wajar kita contohi. Sesungguhnya sifat kikir utk berkongsi ilmu dan busuk hati tidak wajar ada pada setiap individu yg hendak berjaya. Diharap perkongsian cerita pada kali ini dapat memberi manafaat pada kita semua

Sabtu, 12 September 2009

Fadhilat-fadhilat bulan ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,Maktabah Al-Manarah,Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

Hadis-Hadis

Ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa pekara yang telah tercatit dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita.Ciri-ciri tersebut disesenaraikan di bawah ini :-

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu. 17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah.wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

Selasa, 8 September 2009

cerita seram 3

" Pada 16th ogos 2008, aku dan teman ku yg boleh d panggil qi'aii,telah keluar negri di seberang kepulauan RIAU,Indonesia untuk merehatkan diri kami sambil bertemu sahabat kami di sana yg senang di panggil dengan Pa'Ahcmad,atau Qia'ii Achmad..lagipun pada esok harinya adalah Hari cuti umum di Indonesia,ia itu Di Garhayu Indonesia.

Apabila kami sampai di sana kami berdua terus menuju ke hotel penginapan tanpa hege2..kerana pada hari itu amat sukar mendapatkan kamar hotel, kalau adapun sedikit mahal,maalumlah malam cuti umum,faham2 sajalah. Setelah mendapatkan Kamar masing2, kami berduapun relax2 dulu sementara menantikan kahadiran sahabat kami Pa'Achmad. Kehadiran Pa'Acmad agak lewat sedikit kerana mempunyai tugas mengajar di rumahnya. Sekurang2nya kalau sampaipun selepas jam 11malam,katanya. Jadi sementara menunggu pa'achmad datang kamipun masing2 relax2 di kamar masing2 sambil menonton sinetron TV RCTI.Sambil nonton itulah tiba2 pintu kamar ku seperti di tendang orang, amat begitu kuat sekali bunyi tendangan itu,. akupun menuju ke pintu dan membukanya,tapi tiada siapapun di luar,Hai..dalam hati ku berkata2, Hai..mambang COBA'ANN..!!lalu aku tutup kembali pintu kamar ku,dan menenangkan diri sambil tawakal kapada 4jjI. Dengan tak semene2 teman aku di sebelahpun terkena sama juga ,dia bertanyakan kapada ku,! Bro tadi kau ketuk dan tendang kamar aku ke? Aku katakan tak lah,kamar akupun sendiri sama terkena macam kau juga,itulah jawapan ku kapada teman ku. Kami berdua terpinga2 dan memandang satu sama lain.

Setelah itu temanku pun pulang ke kamar nya kembali. Tidak beberapa minit kemudian kami di ganggu lagi,tetapi kali ini di kamar mandi ku, terdengar seperti ada orang yg sedang amuk dan memberontak,bermain flush air tandas,membuka dan menutup paip,dan membuang alat2 yg ada di situ. Aku cuba memberanikan diri untuk mengetahui apakah sebenarnya yg berlaku di kamar tandas. bila aku cuba menjenguk..yang mengherankan segala bunyian2 tadi tidak ada langsung,dan alat2 yang ada di kamar mandi semuanya rapi seperti biasa..,Waktu itulah aroma anggota badan semua naik,terutama di bahagian bahu dan laherku..,Wow..,!! ngeri juga aku di buatnya. Jam hampir2 masuk 12malam,tiba2 pintu kamarku di ketuk lagi..aku terus menuju ke pintu dan membukanya,kelihatan tercegat Pa'Achmad yang hadir,


masfud berkata" Pada 16th ogos 2008, aku dan teman ku yg boleh d panggil qi'aii,telah keluar negri di seberang kepulauan RIAU,Indonesia untuk merehatkan diri kami sambil bertemu sahabat kami di sana yg senang di panggil dengan Pa'Ahcmad,atau Qia'ii Achmad..lagipun pada esok harinya adalah Hari cuti umum di Indonesia,ia itu Di Garhayu Indonesia. Apabila kami sampai di sana kami berdua terus menuju ke hotel penginapan tanpa hege2..kerana pada hari itu amat sukar mendapatkan kamar hotel, kalau adapun sedikit mahal,maalumlah malam cuti umum,faham2 sajalah. Setelah mendapatkan Kamar masing2, kami berduapun relax2 dulu sementara menantikan kahadiran sahabat kami Pa'Achmad. Kehadiran Pa'Acmad agak lewat sedikit kerana mempunyai tugas mengajar di rumahnya. Sekurang2nya kalau sampaipun selepas jam 11malam,katanya. Jadi sementara menunggu pa'achmad datang kamipun masing2 relax2 di kamar masing2 sambil menonton sinetron TV RCTI.Sambil nonton itulah tiba2 pintu kamar ku seperti di tendang orang, amat begitu kuat sekali bunyi tendangan itu,. akupun menuju ke pintu dan membukanya,tapi tiada siapapun di luar,Hai..dalam hati ku berkata2, Hai..mambang COBA'ANN..!!lalu aku tutup kembali pintu kamar ku,dan menenangkan diri sambil tawakal kapada 4jjI. Dengan tak semene2 teman aku di sebelahpun terkena sama juga ,dia bertanyakan kapada ku,! Bro tadi kau ketuk dan tendang kamar aku ke? Aku katakan tak lah,kamar akupun sendiri sama terkena macam kau juga,itulah jawapan ku kapada teman ku. Kami berdua terpinga2 dan memandang satu sama lain.

Setelah itu temanku pun pulang ke kamar nya kembali. Tidak beberapa minit kemudian kami di ganggu lagi,tetapi kali ini di kamar mandi ku, terdengar seperti ada orang yg sedang amuk dan memberontak,bermain flush air tandas,membuka dan menutup paip,dan membuang alat2 yg ada di situ. Aku cuba memberanikan diri untuk mengetahui apakah sebenarnya yg berlaku di kamar tandas. bila aku cuba menjenguk..yang mengherankan segala bunyian2 tadi tidak ada langsung,dan alat2 yang ada di kamar mandi semuanya rapi seperti biasa..,Waktu itulah aroma anggota badan semua naik,terutama di bahagian bahu dan laherku..,Wow..,!! ngeri juga aku di buatnya. Jam hampir2 masuk 12malam,tiba2 pintu kamarku di ketuk lagi..aku terus menuju ke pintu dan membukanya,kelihatan tercegat Pa'Achmad yang hadir,

Aku merasa lega sedikit,dan kami bersala2man. dan di ketika itu Aku lihat Pa'Achmad dapat merasakan sesuatu yang tidak kena,Lalu ia bertanyakan kapadaku:MAS.?, kau tak ke rasa apa2 di kamar ini,?Aku pura2 tanya kembali padanya,kenapa dengan kamar nich?tapi Pa'Achmad tak mau ceritakan dulu kapadaku,dan cuba tukar topik cerita lain. Lalu di suruh aku memanggil teman ku di kamar sebelah,dan kami keluar pergi mencari makan . Sekembalinya kami ke kamar hotel,Pa Achmad menyuruh aku mengambil wu'dhu dan memohon izin dariku untuk menginap di kamar ku di malam itu..Kerana ingin tahu kenapa dan apa,pada malam itu aku sahaja tidur2 ayam. Alangkah tidak di duga benda yang ada di kamarku itu menunjukan dirinya yang sebenar,dan beriteraksi bersama Pa'Achmad, maaf2 cakap ajelah..,pada ketika itu aku dapat merasakan, WOW!!..ini dah bukan cobaan lagi,tapi betul2 punya..,Roh penasaran kerana bunuh diri di kamar hotel itu. Itu juga pertama kali aku dapat melihat secara LIVE...itulah pengalaman yang tak dapat aku lupakan waktu penginapan ku di hotel di kepulauan RIAU. very2 adventures seh!!tak payah nak cari ...dia da ada di kamar..!Cuma sayangnya waktu itu tak ada kesempatan untuk merakam dari handphone atau adit suara yang mengerikan,.. sampai ketemu lagi.MAS. "

cerita seram 2

" Aku dan Rohim serta 5 rakan seekspedisi mulai mengorak langkah menuju ke hutan yang tidak mempunyai nama tetapi hutan ini amat cantik dan sungguh menarik. Aku tidak sabar ingin menikmati keindahan hutan tersebut. Kami semua menaiki bas ekspres menuju ke hutan yang kami ingini.

Dalam perjalanan, si Samsudin yang tengah asyik melihat kat tepi tingkap bas tiba-tiba terlihat sesuatu. Dia ternampak suatu benda yang tidak dapat dilihat dengan jelas. Dia tidak mempedulikan benda itu. Sedang bas bergerak dengan lancar, tiba-tiba enjin bas terhenti dan kami sekumpulan tertolak ke depan. Aduh! Sakit benar. Pemandu bas itu cuba keluar dan cuba menyelesaikan masalah tersebut.

Kami di dalam bas kesakitan akibat tertolak ke depan. Si Rohim, Masri, Arfieyan, Rajaharan, & Dextor mengemas barang yang jatuh bertaburan di bawah bas. Aku & Samsudin keluar dari bas untuk membantu si pemandu bas. Semakin lama semakin bas ini tiada apa2 masalah kerosakan. Namun, si pemandu bas tersebut cuba menghidupkan enjin. Ternyata sia-sia. Enjin tersebut tidak dapat dihidupkan.

Si pemandu bas menyarankan supaya kami bersiap sedia untuk berjalan kaki ke destinasi yang kami inginkan kerana destinasi tersebut tidak berada jauh dari tempat kami berhenti. Dia juga sarankan supaya kami bertujuh sahaja yang pergi sementara dia membaiki basnya sendirian. Kami pun tanpa alasan terus pergi meninggalkannya sendirian. Tetapi aku berat hati nak tinggalkan dia sendirian di tempat yang berdekatan hutan.

Selepas setengah jam kami berjalan, akhirnya kami sampai ke destinasi yang kami ingini. Hutan tersebut betul2 berada di depan mata. Alangkah! Sungguh menakjubkan apabila melihat keindahan hutan tersebut. Kami tunggu apa lagi, terus masuk ke hutan untuk mencari tempat perkhemahan. Dalam pada itu, sedang si pemandu bas asyik membaiki basnya, tiba2 dia terdengar sesuatu bunyi yang pelik. Dia tidak dapat mengenalpasti bunyi itu. Dia kembali membaiki basnya semula. Sedang dia membaiki, tiba2 ada suatu lembaga berwarna hitam datang dari belakangnya.

Si pemandu bas itu pun merasa bulu romanya berdiri. Dia yakin ada sesuatu di belakangknya. Tanpa berfikir panjang, dia pun terus menoleh ke belakang. Alangkah terkejut besar dia melihat lembaga itu. Akhirnya dia menembuskan nafasnya yang terakhir kerana dibunuh kejam oleh lembaga tersebut. Kami semua asyik menikmati hutan tersebut. Aku , Arfieyan & Masri ingin mengambil air di sungai yang berhampiran sana. Rohim & Shamsudin akan mengambil kayu kering utk menghidupkan unggun api pada malam ini.

Sedang Dextor & Rajaharan mendirikan khemah, tiba2 ada sesuatu bunyi yang pelik. Si Raja pun terkejut dan memalingkan mukanya ke arah si Dextor. Si Dextor pun terkejut sama. Bunyi itu semakin lama semakin dekat dengan mereka berdua. Si Raja & Dextor pun terketar2 dan bulu roma pun meremang. Aku & Arfieyan sempat datang sebelum mereka dikacau. Aku bertanyakan kepada mereka. Mereka berkata tiada apa2. Hari dah hampir Maghrib dan kami semua pun bersiap-sedia mahu menunaikan solat Maghrib. Tetapi, si Rohim & Sham belum pulang2.

Akhirnya mereka pun sampai. Lalu lepas ambil wuduk mereka berdua join kami bersolat. Si Raja & Dextor menyiapkan unggun api dan memanaskan air utk minum petang. Malam itu, kami bercadang untuk mandi di sungai itu. Aku, Arfieyan, & Raja mandi dulu. Kemudian baru la Sham, Rohim & Dextor. Apabila kami bertiga mandi, si Raja yang asyik mandi itu terdengar bunyi yang pelik yang pernah dia dengar tadi petang. Dia terus membisikkan aku. Aku pun terkejut kerana terdengar bunyi tersebut bersama si Arfieyan. Aku cuba mencari dari mana datangnya bunyi tersebut. Aku terkejut dan bulu roma ku meremang apabila melihat satu lembaga yang berupa manusia itu menyanyi. Bunyi itu rupanya datang daripada lembaga tersebut. Arfieyan & Raja pun terkejut melihatnya. Si Arfieyan terpijak sesuatu yang tajam lalu menjerit. Lembaga itu terkejut, lalu berpaling muka ke arah kami. Kami bertiga ketakutan kerana rupa lembaga itu sungguh dahsyat.

Kami terus lari lintang pukang diikuti jeritan kami meminta tolong. Setibanya sampai di khemah, si Dextor & si Sham dilihatnya kami mereka terbaring di atas tanah. Aku terus mengejutkan si Sham. Tetapi dia tak bangun. Aku memalingkan mukanya. Alangkah terkejutnya aku! Mukanya begitu dahsyat. Aku, ARfieyan & Raja ketakutan. Si Dextor pun serupa dgn si Sham. Ya Allah! Selamatkanlah kami!!! Aku tertanya2 mana perginya si Rohim. Kami terus berlari dan aku memberi isyarat supaya jangan berpecah. Kami bertiga terus berlari sekuat hati untuk menuju ke arah bas ekpres dan mencari pemandu bas tersebut.

Setibanya sampai ke dalam bas ekpres tersebut, aku mencari si pemandu bas di dalam. Tetapi tiada. Si Arfieyan menjerit. Dia ternampak mayat si pemandu bas. Muka si pemandu bas itu sama seperti muka si Sham & Dextor. Kami sungguh sedih & ketakutan. Kami pun terus menghidupkan enjin. Enjin tersebut hidup. Lalu kami bertiga berangkat. Kami terus pergi meninggalkan kenangan seram yang tidak dapat dilupakan. Pihak atasan & tentera di arahkan pergi menyiasat apa2 yang berlaku. Mereka mencari mayat kawan2 kami. Mereka dapat menjumpai, tetapi mayat si Rohim tidak ditemui. Kami bertiga pun suspen.

5 tahun sudah berlalu, malam itu aku & keluarga ku pun dah tidur. Dalam tidur ku, aku termimpi. Aku mimpikan si Rohim yang tengah menjerit & ketakutan berada di tengah hutan tersebut. Dan akhirnya aku terjaga juga. Aku mengucap & setiap malam aku berdoa agar si Rohim dapat dilindungi. Selepas itu, aku tidak dapat bermimpi mahupun mengetahui apa2 berita tentang si Rohim.

cerita seram 1

Nama saya Shasha dan saya tinggal di wlds. Kejadian aneh ini berlaku hampir setahun yang lalu semasa saya bunting anak sulung. Saya pergi menzirahi kubur ibu saya walaupun ada yg melarang kerana saya berbadan dua bunting anak sulung lagi ingatkn tkmu ingat apa2. Bila saya hendak balik nampaklah satu nenek tua dia ckp yg dia menziarahi kubur anaknya.

Memandang tgk org tua kasihan tkde kenderaan saya menyuruh suami saya hantar dia di b/stop di luar pusara aman. Nenek itu tanya saya bunting anak sulung dgn lantas saya menjawab ya. seram juga kc sambil dia bbual dgn saya dia asyik tgk ibu jari kaki saya. Dia ckp lah lampu tandas kena sentiasa bukak kalau tidak si cantik manis suka duduk, cermin jgn taruk di pintu masuk kalau tk si cantik manis marah melihatkn wajahnya yg hodoh lagi satu kalau dgr orang assalamualaikum satu kali jgn jawab. Saya pun tk ingat apa2lah lalu pulang ke rumah.

Petang itu hari hujan semua org tgh tdo lampu lupa dibukakn gelap seluruh rumah. Tiba2 saya terdengar suara sayup memberi salam dan saya sambut salam 2 apabila saya tgk di luar pintu tiada org saya pun terasa aneh. Malamnya pulak bila saya sedang sibuk membasuh pinggan tiba2 kc saya ternampak susuk wanita berambut panjang serga di sebelah saya. Pada mulanya saya ingatkn adik pompuan saya rupanya dia ada duduk di ruang tamu bersama suami saya menonton tv. dgn terperanjatnya saya beristighfar. Saya tidak boleh tahan dan mengadu kepada bapa dan suami saya kerana byk kejadian aneh bkn berlaku pada saya tapi adik perempuan saya. Kita mendapatkn khidmat tukang ubat dan dia berkata yg nenek tua yg mensihati saya 2 rupa2nya dia yg byk memeliara si cantik manis.

cerita seram

"Aku Rafa. Cerita seram ini diceritakan oleh Banny, seorang rakanku. Banny seorang penganut agama Kristian. Kisah ini berlaku pada kepadanya pada tahun lepas.Di suatu malam, Banny telah pulang ke kampungnya. Kampungnya bernama Nanga Tada yang terletak di Sarawak.

Banny tiba di kampungnya lewat tengah malam. Dia pulang ke kampungnya dengan seorang rakan bernama Mike. Setelah tiba di kampungnya, jam sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi. Setelah masuk ke rumah neneknya, Mike terus masuk ke bilik untuk tidur kerana perjalanan ke kampung Banny dari Johor Bahru mengambil masa 23 jam. Tetapi Banny belum rasa mengantuk kerana dia sudah biasa tidur lewat malam.

Ketika sedang asyik membaca buku hantu bertajuk Dari Alam Angker,tiba-tiba dia terdengar bunyi orang sedang berjalan di syiling rumah neneknya. Pada mulanya Banny tidak mengambil peduli tentang bunyi tersebut kerana dia menganggap bunyi tersebut mungkin kucing yang tinggal di syiling tersebut. Bunyi ganjil itu berterusan sehingga berasa aneh dengan bunyi tersebut. Tiba-tiba dia terdengar suara orang yang memanggil nama nya.Banny terasa seram dan ketakutan. Dia tidak pernah mengalami peristiwa menakutkan itu. Tiba-tiba Banny disergah. Rupa-rupanya suara orang tadi adalah Mike yang sengaja ingin menakutkan rakannya itu. Banny berasa lega. Dia terus ke dapur bersama Mikei untuk meneguk segelas air.

Selepas itu,dia meninggalkan Mike seorang diri di dapur dan terus pergi ke tandas. Ada orang di dalam tandas pada ketika itu. Banny bertanya kepada orang yang sedang menggunakan tandas. Orang itu menjawab "Aku Mike lah.." Banny terkelu. Siapakah bersamanya tadi.

Dia kembali ke dapur. Tiada bayangan Mike disitu. Banny kembali ke tandas dan menyuruh Mike keluar dari tandas. Banny mengajak Mike ke dapur untuk bercerita tentang kejadian pelik yang berlaku kepada dirinya tadi. Setelah bercerita,Banny terus kembali ke bilik tidurnya yang dikongsikan bersama Mike. Dilihatnya Mike sedang terlena tidur di atas katil. Banny terus pengsan dan tidak sedarkan diri.

Pada keesokan harinya, Banny bercerita pengalaman yang menakutkan pada malam tadi kepada Mike. Banny berjanji tidak akan pulang ke rumah neneknya dengan seorang kawan sahaja.

Rabu, 2 September 2009

rempit 2

lawak mat rempitboleh baca ......tapi control gelak tuu.......Tiga kejadian lawak semasa aku tengah giler-giler dengan motor. Orang panggil mat rempet le sekarang nih.

Kesah Pertama:

Sewaktu aku berada di Jelutung. Jalan tu kan penuh sesak. Badan aku agak besar sedikit. Pada hari tu aku menumpang seorang kawan pergi ke Komtar naik motor kap cai Honda 70. Dia pun kaki cilok jugak, selit sana selit sini, aku duduk belakang punye le kecut perut. Sampai satu tempat di mencelah antara dua kereta, motor lepas, dia lepas, dua2 lutut aku tak lepas, kedebuk aku terduduk tengah jalan sambil terkangkang, Semua orang tengok aku, cinabing, macam sami budda duduk sorang sorang tengah jalan yang penuh sesak dengan kenderaan lepas tu kawan aku patah balik sambil gelak bagai nak giler.

Kisah Kedua.

Aku menumpang member jugak naik motor pergi town. Sampai kat trafic light dia pun berhenti. Aku pun teringat pulak nak hisap rokok. Aku pun turunkan kedua-dua kaki dan berdiri sikit celok poket nak ambil lighter dalam poket seluar. Waktu tu lah lampu bertukar menjadi hijau, kawan aku terus jalan meninggalkan aku berdiri sambil berjingkit nak nak ambil lighter di trafic light. Satu bandar orang yang nampak aku berdiri terkakang sorang sorang dilampu isyarat;macam ape entah;..gelak pulak tu dia orang.

Kisah ketiga.

Waktu sekolah tingkatan tiga. Lepas sekolah cepat2 aku balik ambil motor buruk ayah aku, kerana nak pergi pekan. Waktu tu kalau boleh bawak motor dah kire grand la tu. Tujuan aku bukan nak beli barang sangat. Waktu tu leh awek2 sekolah tengah berlonggok tunggu bas nak balik rumah. Waktu tu ler aku nak menayang betapa machonye aku, jejaka idaman mereka, ader motor le katakan. Tapi pada hari tu kejadiaan yang sangat memalukan telah berlaku. Masa betul2 sampai depan awek2 tu, aku boleh tak perasan ader lubang, motor aku pun terlanggar lubang tu, baik nasib tak jatuh, Aku memang ler tak jatuh, tapi ekzoz motor ayah aku tu terjatuh, maka dengan itu bunyinye mengalahkan helikopter, satu malaysia dengar, aku rase macam nak masuk lubang jamban je waktu tu, nak ditinggalkan ekzoz tu takut ayah aku marah, nak ambil malu tak boleh nak cakap depan awek2 tapi aku rupenya lagi takut kat ayah aku, terpaksa aku cari kertas surat khabar dan ambil ekzoz tu. Pas tu tolak ler motor sampai rumah. Lepas tu tak mau ngurat lag

mat rempit 1

Pada suatu hari, seorang mamat namanya Fairus Nasirin (bukan nama sebenar)bercadang nak pegi beli rokok ... oleh kerana transport die cume moto jer.. die pon pegi la naik moto jer. Tapi mamat ni ade satu hobi.. die ni suke beno bawak moto lelaju.Walaupon jarak kedai tu 100 meter jer dari umah die.Maka si fairus nasirin ni pon memulakan la pejalanan untuk ke kedai.

Sebelum kuar dr umah, mak die pesan, "Fairus,, bawak moto bebaik. mak rase tak sedap ati jer la ..."Fairus pon menjawab, "Ala mak ni .. Fairus kan superman, takkan ader paper nyer.. lagipon, Fairus cume nak gi kedai sebelah tu jer, kannyer jauh sgt pon.."Mak die pon menjawab."Suke ati ko lah Fairus..".Kunci moto pon dipulas... vrommmmm (bunyi moto Fairus) dengan gaya supermannyer fairus bergerak dr umah..

Tiba2 sampai di suatu selekoh, seekor beruk yang tah dari maner muncul nyer menyergah Fairus.. apa lagi terperanjat beruk la si Fairus.. maka dia hilang kawalan ke atas moto nyer dan menyebabkan die terlanggar tiang lampu berdekatan.. maka Fairus pon jatuh terpelanting.. dan tidak sedarkan diri.Secara kebetulan seorang pakcik lalu di jalan tersebut.. pakcik itu sungguh terkejut.. keranamelihat seekor beruk sedang cube mencurik helmet si Fairus .. lalu pakcik itu menghalau beruk tuh.. tetapi helmet itu tidak dapat diselamatkan..kerana telah dibawa lari. Lalu pakcik tu pun pergi kepada Fairus dan memeriksa jantung dan nadi si Fairus.."Uihh nampaknye idup lagi budak ni.."

Tapi alangkah terkejutnya pakcik itu apabila mendapati kepala Fairus sudah terpusing 180 darjah. dan tanpa bertanya dan berpikir ape-ape pakcik tu pon terus membetulkan semula kepala Fairus dengan menghentap balik ke 180 darjah.. tibe-tibe pakcik itu mendapati Fairus tidak bernafas lagi..Rupe-rupenye.. korang nak tau? Fairus memakai jeket kulitnye terbalik.. so memang la kepala die cam pusing ke belakang..Maka dengan tidak bersalahnya Fairus mati di tangan pakcik tersebut..

Moral citer nie: jangan pakai jaket terbalik... itu jer.. he...he...he..

Sabtu, 11 Julai 2009

KPLI dan J-QAF

KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (SEKOLAH RENDAH) MODE SEPENUH MASA

KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (SEKOLAH RENDAH) j-QAF MODE LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) Mode Sepenuh Masa atau Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon tempatan di kawasan pendalaman khasnya di Sabah dan Sarawak.

SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Jun 2009 iaitu lahir selepas 1 Jun 1974.
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada IPTA / IPTS tempatan atau luar negara.
  4. Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan.
  5. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti / IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V).

SYARAT TAMBAHAN

  1. Calon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah hendaklah memiliki ijazah samada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau Al-Quran atau bidang yang berkaitan.
  2. Calon hendaklah sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.
  3. Calon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukkan ijazah (skroll) semasa pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia.
  4. Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti tidak layak memohon.

BIDANG PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) Mode Sepenuh Masa Bagi Ambilan Jun 2009

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Bahasa Cina
  4. Bahasa Cina (Sekolah Kebangsaan)
  5. Bahasa Tamil
  6. Bahasa Tamil (Sekolah Kebangsaan)
  7. Matematik
  8. Pendidikan Islam
  9. Sains
  10. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
  11. Pendidikan Seni Visual
  12. Kemahiran Hidup
  13. Pendidikan Jasmani
  14. Bimbingan
  15. Pemulihan
  16. Pengajian Sosial
  17. Pendidikan Muzik

Kursus Perguruan Lepas Iajzah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah Bagi Ambilan Jun 2009

  1. Bahasa Arab
  2. Pendidikan Islam
  3. Pendidikan Islam Pendidikan Khas j-QAF

CARA MEMOHON

  1. Permohonan untuk mengikuti program ini hanya boleh dibuat secara Aplikasi Dalam Talian (on-line) sahaja. Calon dikehendaki merujuk e-Panduan Permohonan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.
  2. Permohonan Dalam Talian hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara mulai 16 Februari 2009 hingga 1 Mac 2009 dengan bayaran sebanyak RM6.00. Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor PIN ini.
  3. Gunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan. Nombor PIN ini juga digunakan untuk membuat semakan keputusan permohonan.

MAKLUMAN DAN PERHATIAN

  1. Calon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja.
  2. Calon yang memenuhi syarat dan kelayakan asas untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test - mTEST) pada 28 Mac 2009 dan menghadiri temuduga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  3. Calon yang dipanggil menduduki mTEST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada internet dan dibawa bersama semasa ujian.
  4. Calon yang layak dipanggil temuduga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temuduga, Lembaran Pernyataan Hasrat dan Borang Butiran Diri daripada internet. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temuduga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada calon.
  5. Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa surat pengesahan Ketua Jabatan semasa temuduga.
  6. Calon yang berjaya ditawarkan kursus akan menerima surat tawaran rasmi semasa melapor diri di Institut Pendidikan Guru Malaysia yang ditetapkan.
  7. Program Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah dijalankan secara penempatan terus di sekolah rendah dan pengajian latihan perguruan akan dijalankan di Institut Pendidikan Guru Malaysia yang ditetapkan semasa cuti persekolahan. Tempoh pengajian adalah selama 18 bulan dan berkhidmat di sekolah berkenaan tidak kurang daripada tiga tahun selepas tamat pengajian.
  8. Maklumat permohonan yang tidak lengkap atau tidak benar, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
  9. Calon adalah dinasihatkan supaya terlebih dahulu membuat semakan kepada status kelayakan ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan dengan melayari portal JPA: http://www.interactive.jpa.gov.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

  • Permohonan ditutup pada 1 Mac 2009

PENDAFTARAN

  1. Calon yang ditawarkan tempat mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru Malaysia yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan.
  2. Calon yang yang telah ditemuduga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di IPGM adalah dianggap tidak berjaya.
  3. Bahagian Pendidikan Guru, KPM tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.

IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

  • Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di IPGM adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

Khamis, 9 Julai 2009

Syarat-Syarat KPLI

1. Syarat dan Kelayakan Asas
2. Bidang Pengajian Ditawar
3. Cara Memohon
4. Tarikh Tutup Permohonan
5. Makluman dan Perhatian
6. Alamat Bahagian Pendidikan Guru

A. IKLAN PERMOHONAN
1. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
1.1 Kewarganegaraan
Pemohon mestilah warganegara Malaysia pada tarikh iklan disiarkan.
1.2 Umur
Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2007 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1972
1.3 Kelayakan Akademik


a.

Pemohon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA)/ institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan. Bagi pemohon KPLI j-QAF hendaklah memiliki ijazah dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab.


b.

Memperoleh dan memiliki Surat Pengiktirafan Ijazah daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), sama ada ijazah daripada institusi pengajian tinggi luar negara, ijazah daripada institusi pengajian tinggi dalam negara atau ijazah daripada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan.


c.

Memiliki Kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) dan lulus ujian lisan di dalam satu sijil atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti / IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) dengan syarat lulus ujian lisan.

1.4 Calon yang tidak layak memohon


a.

Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.


b.

Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan, termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah.


c.

Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.


d.

Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses dakwaan tindakan tatatertib.


e.

Calon yang pernah dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.


f.

Calon yang pernah disabit dalam kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.

2. BIDANG PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
2.1 KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEPENUH MASA
2.1.1 Bidang Pengajian Sekolah Menengah

Bil.

Kod

Bidang
1
A120E0000P
Pengajian Bahasa Inggeris
2
A120A0000P
Pengajian Bahasa Arab
3
A120C0000P
Pengajian Bahasa Cina
4
A120T0000P
Pengajian Bahasa Tamil
5
A121M0000P
Pengajian Matematik
6
A121S0000P
Pengajian Sains
7
A121F0000P
Pengajian Fizik
8
A124P0000P
Pengajian Kemahiran Hidup pilihan Pertanian
9
A124E0000P
Pengajian Kemahiran Hidup pilihan Ekonomi Rumah Tangga
10
A125T0000P
Pengajian Pendidikan Al-Qur'an
11
A125A0000P
Pengajian Islam
12
A127B0000P
Pengajian Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
13
A126J0000P
Pengajian Pendidikan Jasmani
14
A126V0000P
Pengajian Pendidikan Seni Visual
15
A126G0000P
Pengajian Geografi
16
A126S0000P
Pengajian Sejarah
17
A127K0000P
Pengajian Bimbingan dan Kaunseling

2.1.2 Bidang pengajian sekolah rendah

Bil.

Kod

Bidang
1
A110E0000P
Pengajian Bahasa Inggeris
2
A110A0000P
Pengajian Bahasa Arab
3
A110C0000P
Pengajian Bahasa Cina
4
A110T0000P
Pengajian Bahasa Tamil
5
A111M0000P
Pengajian Matematik
6
A114K0000P
Pengajian Kemahiran Hidup
7
A115A0000P
Pengajian Pendidikan Islam
8
A117B0000P
Pengajian Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
9
A117P0000P
Pengajian Pendidikan Prasekolah
10
A117M0000P
Pengajian Pendidikan Muzik
11
A116J0000P
Pengajian Pendidikan Jasmani
12
A116V0000P
Pengajian Pendidikan Seni Visual
13
A117K0000P
Pengajian Bimbingan dan Kaunseling

2.2 KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH j-QAF MODE LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH (LPBS)
2.2.1 Bidang pengajian KPLI Sekolah Rendah j-QAF mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Bil.

Kod

Bidang
1
A210A0000L
Pengajian Bahasa Arab
2
A215A0000L
Pengajian Pendidikan Islam

3. CARA MEMOHON

3.1

Permohonan KPLI Ambilan Januari 2007 ini dibuka mulai 26 April 2006 dan boleh dilakukan secara Dalam Talian sahaja. Permohonan ini boleh dibuat melalui mana-mana komputer yang ada capaian Internet.



3.2

Permohonan KPLI Dalam Talian ini boleh dibuat melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL seperti berikut:



http://www.emoe.gov.my. Pemohon diminta dan dinasihatkan membaca dahulu e-Panduan Permohonan KPLI untuk membolehkan permohonan sebenar dibuat dengan mudah dan betul.

3.3

Pemohon perlu membeli Nombor Unik Pengenalan Diri (Nombor PIN) berharga RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) di Bank Simpanan Nasional untuk membuat permohonan. Nombor PIN dijual sehingga 10 Mei 2006. Pemohon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan pemohon untuk pembelian nombor PIN. Nombor ini hendaklah dirahsiakan.

3.4

Nombor PIN ini juga boleh digunakan untuk membuat pindaan atau perubahan butiran permohonan sekiranya perlu. Sebarang pindaan butiran perlu dibuat sebelum tarikh tutup permohonan. Pindaan butiran permohonan dibenarkan tiga kali sahaja.



3.5

Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat yang mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

3.6

Pemohon KPLI daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) hendaklah mendapatkan borang permohonan dan memohon melalui Jabatan Pendidikan Khas (JPK) Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 2 Blok E2 Parcel E, Kompleks Pentadbiran Persekutuan, 62604 Putrajaya. Sebarang pertanyaan hendaklah menghubungi JPK melalui talian telefon 03–88849188/ 88849160/ 88849179. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui Jabatan Pendidikan Khas untuk dipanjangkan ke Bahagian Pendidikan Guru.




4. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
4.1 Permohonan KPLI Ambilan Januari 2007 ini ditutup pada 10 Mei 2006.
5. MAKLUMAN DAN PERHATIAN

5.1

Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja.

5.2

Pemohon yang memilih sesuatu bidang pengajian hendaklah memiliki ijazah yang tepat, sesuai dan memenuhi syarat khusus bidang pengajian yang dipohon. Sila rujuk maklumat lanjut kesesuaian ijazah di dalam e-Panduan Permohonan KPLI.


5.3

Pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa surat kebenaran dan salinan kenyataan rekod perkhidmatan daripada Ketua Jabatan sekiranya dipanggil temu duga.


5.4

Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan asas akan dipanggil untuk menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) pada tarikh yang ditetapkan. Sila rujuk Kalendar Aktiviti Proses Permohonan untuk maklumat lanjut.


5.5

Pemohonan KPLI Sekolah Rendah j-QAF mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah terbuka untuk calon yang memiliki ijazah dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab sahaja. Pengajian yang ditawarkan ialah Pengajian Bahasa Arab dan Pengajian Pendidikan Islam untuk sekolah rendah.


5.6

Program KPLI Sekolah Rendah j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) ini dijalankan secara penempatan terus di sekolah rendah dan pengajian latihan perguruan akan dijalankan di institut pendidikan guru yang ditetapkan semasa cuti persekolahan. Tempoh pengajian adalah selama 18 bulan dan tempoh berkhidmat tidak kurang daripada tiga tahun di sekolah berkenaan.


5.7

Pemohon yang ditawarkan tempat, yang telah menyempurnakan kursus adalah tertakluk dengan ikatan Perjanjian Pendidikan Guru. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan syarat kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.


5.8

Maklumat mengenai status permohonan dan panduan permohonan secara Dalam Talian bagi KPLI Ambilan Januari 2007, boleh didapati di laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL seperti berikut: http:// www.emoe.gov.my


5.9

Pemohon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada Internet dan dibawa bersama semasa ujian. Pemohon yang layak dipanggil temu duga, dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga dan Borang Butiran Diri daripada Internet. Borang Butiran Diri yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama dengan ijazah dan dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada pemohon. Pemohon yang berjaya ditawarkan kursus, akan menerima surat tawaran rasmi semasa melapor diri di institut pendidikan guru yang telah ditetapkan.

5.10 Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu bulan selepas tarikh pendaftaran di institut pendidikan guru (Januari 2007) adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada pemohon.


6. ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan di atas, sila hubungi alamat berikut:
Bahagian Pendidikan Guru
Paras 3, Blok E13, Parcel E
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
( u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar )
Nombor Telefon :

03-88841233
03-88841234
03-88841235

Urus Setia Bahagian Pendidikan Guru
Cawangan Sabah
d/a Maktab Perguruan Gaya
88300 Kota Kinabalu, Sabah
Nombor Telefon : 088–236804

Urus Setia Bahagian Pendidikan Guru
Cawangan Sarawak
Jalan Kolej
93250 Kuching, Sarawak

Rabu, 3 Jun 2009

ANAK MALAYSIA DI US



ini anak malaysia tinggal di US. adakah anda rasa ia staraf dengan pemain2 malaysia sekarang ini?
lihat cara dia bermain di sana. cuba anda fikir.. kenapa anak malaysia di US boleh kuasai bola sepak?tetapi anak malaysia yang bermain di malaysia masih tidak meningkat? ramai anak malaysia yang berbakat di malaysia. tetapi cara latihan yang di beri tidak sama dengan cara latihan di US dan eropah.
lihat lah hasilnya rakyat malaysia berlatih di US. fikir-fikirkan...

TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARI TAN SRI SYED


-Umur - 53 tahun
-Pendidikan - SPM
-Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
-Kekayaan -RM1,425 juta
-Ke 7 terkaya di Malaysia
-Ke 32 terkaya di Asia

TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal।

Latar belakang kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951। Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga। Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.

Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya। Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru। Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi। Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu keluarga

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga। Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira। Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Mula berniaga

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut। Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual। Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan। Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.

Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya। Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.

Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras। Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Menubuhkan syarikat

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar।

Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas। Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.

Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan। Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.

Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus। Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Perniagaan terus berkembang

Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula। Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn। Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.

Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan। Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.

Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn। Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.

Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn। Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China। Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.

Perniagaan pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan। Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian। Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.

Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile। Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan perkapalan

Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan। Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.

Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak। Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta - USD600,000).

Pada masa yang sama, beliau mula mem*sensored*tkan diri dalam sektor pembangunan hartanah। Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Penglibatan dalam projek penswastaan

Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn। Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas।

Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn। Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

Kepentingan

Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB)। Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.

Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan। Manakala 18।7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.



Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary

Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban। Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan। Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004। Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta। Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.Sumbangan dalam bidang pendidikan

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7।75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan।

Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah। Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1।67 bilion.

SIAPA MAHADI BADRUL ZAMAN?????

MEMILIKI kereta Jaguar S-Type berharga setengah juta ringgit, kondominium berharga RM600,000 dan pendapatan mencecah enam angka sebulan dalam usia baru mencecah 23 tahun pastinya sesuatu amat mengagumkan.

Walaupun ia nampak mustahil, tetapi Mahadi Badrul Zaman berjaya membuktikan tidak ada yang mustahil jika ada kemahuan. Dia bukanlah anak orang berada atau ternama, sebaliknya semua itu diperoleh hasil titik peluhnya sendiri.

Bertugas sebagai perunding saham amanah di SBB Mutual Berhad, dia membuktikan kejayaannya hari ini adalah hasil kerja keras dan sikap beraninya menceburi bidang yang kebanyakan orang takut mencubanya.

Menceritakan pengalaman awal terbabit dalam bidang berkenaan, Mahadi berkata, minat itu timbul selepas diperkenalkan rakannya, Aida Nurlin pada April 2004.

“Sewaktu berjumpa Aida dan rakan sekerjanya, saya tidak percaya kerana dalam usia awal 20-an, mereka mampu membeli kereta mewah seperti BMW dan Mercedez-Benz. Saya pula ketika itu baru saja tamat menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat swasta,” kata Mahadi, graduan Sains Aktuari dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Katanya, selepas menamatkan pengajian dia nekad menyertai bidang terbabit dan hasil tunjuk ajar serta galakan Aida, dia mula memahami selok belok saham amanah yang langsung tiada di fikirannya pada masa itu.

“Bagi saya setiap pekerjaan mempunyai cabaran sendiri. Apa yang perlu ialah jangan gentar dan terus ke depan serta sentiasa bersikap positif. Jika orang lain boleh buat, kenapa kita tidak?,” katanya penuh yakin.

Sehubungan itu, Mahadi mahu berkongsi kejayaannya dengan menganjurkan seminar ‘Dare To Transform Life’ di pejabatnya di Plaza Damas, Sri Hartamas, Kuala Lumpur yang bermula Januari lalu.

“Tujuannya untuk menggalakkan lebih ramai anak muda menyertai bidang ini. Sejak artikel mengenai saya tersiar di beberapa akhbar, saya mendapat banyak maklum balas yang berminat menceburi bidang ini.

“Dalam seminar itu kami memberi tumpuan kepada peserta mengenai persediaan dan selok belok saham amanah,” katanya.

Seminar selama tiga hari itu dikendalikan sendiri Mahadi bersama Aida. Dia turut memberi ceramah mengenai rahsia kejayaannya serta strategi dalam bidang saham amanah. Peserta juga akan menjalani sesi ‘brain wash’ untuk mengukuhkan persepsi mengenai kebaikan bekerja sendiri.

Selain itu, peserta ditekankan dengan kekuatan mental supaya dapat menangkis pandangan negatif sesetengah orang yang sering memandang rendah keupayaan mereka menyertai bidang saham amanah.

“Saya berani katakan anda tidak akan bosan apabila menyertai seminar itu. Ia bukan sekadar ceramah, tetapi dipenuhi pelbagai aktiviti seperti ‘role play’, tayangan filem berkaitan, nyanyian dan perbincangan. Dalam erti kata lain, ia tidak formal,” katanya.

Disebabkan sambutannya yang cukup menggalakkan sejak sesi pertama Januari, seminar itu dilanjutkan sehingga Jun depan.

“Saya hanya meletakkan sasaran kurang dari 100 peserta saja, tapi yang mendaftar lebih daripada itu. Kami hanya mengambil 16 peserta saja untuk setiap sesi supaya lebih fokus. Kebanyakan peserta pula berusia lebih daripada 25 tahun,” katanya

KOMANDO MALAYSIA


Saya terpanggil untuk menulis dalam blog mengenai latihan komando yang dikatakan mendera (seperti yang dipaparkan ini).Kalau difikirkan secara logik dan mengunakan akal yang waras memang nampak mendera akan tetapi pernah terfikir bagaimana jika yang bergelar 'KOMANDO' itu ditawan pengganas ataupun pihak musuh?adakah setakat pijak kepala saja??mungkin lebih dari itu.Jadi kalau nak menjadi salah seorang dalam unit KOMANDO kena bersedia menghadapi segala kemungkinan.'TO BE THE BEST AMONG THE BEST'.Bukan mudah hendak jadi KOMANDO.Dan boleh dikatakan sekarang ini askar kita tidak cukup persediaan untuk menjadi yang terbaik..kena sepak sikit nak mengadu kat mak bapak,kalau dah tahu nak jadi KOMANDO ni menyakitkan badan tak payah masuk...pergi mohon kerja lain...duduk kat pejabat diam-diam.Baru kena dengan jurulatih sendiri pun sudah komplen.Boleh dikatakan juga sekarang ni banyak yang menyertai badan beruniform bukan kerana minat...tetapi kerana 'KEUNTUNGAN' jadi kakitangan awam yang mempunyai banyak kelebihan...yang betul-betul minat tak dapat..Jadi peringatan saya buat wargamuda diluar sana "kalau tidak mahu dipijak kepala jangan pilih kerjaya ini"


PERISTIWA 13 MEI 1969

Isu perkauman dalam pilihan raya 1969


Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen telah menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) pula menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan oleh pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur dan menyuruh mereka kembali ke hutan.

Pembangkang meraikan kemenangan

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan perarakan besar di Selangor. Perarakan tersebut telah menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru ketika itu diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini juga letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato’ Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu (’menyingkir’) orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Perarakan kematian Cina

Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya yang telah melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh yang menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maafnya sudah terlambat.

Rumah Menteri Besar Selangor

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini sebenarnya tidak dirancang.

Orang Melayu mula berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur kerana marah dengan kelakuan kurang ajar Gerakan. Dato’ Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Tetapi rupa-rupanya, ada di anatra mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato’ Harun Idris untuk mengamuk.

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap dikalangan orang Melayu. Pada jam 3.00 petang, berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak yang terletak hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor telah tersebar.

Bermula jam 4.00 petang, dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya juga dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Orang Cina dan pemuda Cina ini pula lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Rusuhan besar pun terjadi. Perintah darurat dikeluarkan dan semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer turut dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

Rejimen Renjer

Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer mengambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin meradang. Ketua Rejimen Renjer ketika itu dikatakan adalah seorang Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru mula mengamuk bila merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das tembakan turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

Askar Melayu

Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Pentadbiran mula diambil-alih oleh Askar Melayu.


Panggung Odeon

Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru untuk membantu dihalang. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat juga dihalang oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Angka korban

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei. [1]

Di mana Tunku

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.

6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.

Bagi orang Melayu, Dato’ Harun Idris adalah penyelamat orang Melayu ketika 13 Mei 1969.
Mageran

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.

Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku “Dilema Melayu” (”Malay Dilemma”) oleh Tun Dr Tun Dr. Mahathir telah diharamkan.

Keadaan akhirnya dapat di kawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.

Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.

Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendapat tafsiran semula.



dipetik dari www.pembelamelayu.com