"Aku Rafa. Cerita seram ini diceritakan oleh Banny, seorang rakanku. Banny seorang penganut agama Kristian. Kisah ini berlaku pada kepadanya pada tahun lepas.Di suatu malam, Banny telah pulang ke kampungnya. Kampungnya bernama Nanga Tada yang terletak di Sarawak.
Banny tiba di kampungnya lewat tengah malam. Dia pulang ke kampungnya dengan seorang rakan bernama Mike. Setelah tiba di kampungnya, jam sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi. Setelah masuk ke rumah neneknya, Mike terus masuk ke bilik untuk tidur kerana perjalanan ke kampung Banny dari Johor Bahru mengambil masa 23 jam. Tetapi Banny belum rasa mengantuk kerana dia sudah biasa tidur lewat malam.
Ketika sedang asyik membaca buku hantu bertajuk Dari Alam Angker,tiba-tiba dia terdengar bunyi orang sedang berjalan di syiling rumah neneknya. Pada mulanya Banny tidak mengambil peduli tentang bunyi tersebut kerana dia menganggap bunyi tersebut mungkin kucing yang tinggal di syiling tersebut. Bunyi ganjil itu berterusan sehingga berasa aneh dengan bunyi tersebut. Tiba-tiba dia terdengar suara orang yang memanggil nama nya.Banny terasa seram dan ketakutan. Dia tidak pernah mengalami peristiwa menakutkan itu. Tiba-tiba Banny disergah. Rupa-rupanya suara orang tadi adalah Mike yang sengaja ingin menakutkan rakannya itu. Banny berasa lega. Dia terus ke dapur bersama Mikei untuk meneguk segelas air.
Selepas itu,dia meninggalkan Mike seorang diri di dapur dan terus pergi ke tandas. Ada orang di dalam tandas pada ketika itu. Banny bertanya kepada orang yang sedang menggunakan tandas. Orang itu menjawab "Aku Mike lah.." Banny terkelu. Siapakah bersamanya tadi.
Dia kembali ke dapur. Tiada bayangan Mike disitu. Banny kembali ke tandas dan menyuruh Mike keluar dari tandas. Banny mengajak Mike ke dapur untuk bercerita tentang kejadian pelik yang berlaku kepada dirinya tadi. Setelah bercerita,Banny terus kembali ke bilik tidurnya yang dikongsikan bersama Mike. Dilihatnya Mike sedang terlena tidur di atas katil. Banny terus pengsan dan tidak sedarkan diri.
Pada keesokan harinya, Banny bercerita pengalaman yang menakutkan pada malam tadi kepada Mike. Banny berjanji tidak akan pulang ke rumah neneknya dengan seorang kawan sahaja.
Selasa, 8 September 2009
cerita seram
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan