Halaman

Selasa, 8 September 2009

cerita seram 2

" Aku dan Rohim serta 5 rakan seekspedisi mulai mengorak langkah menuju ke hutan yang tidak mempunyai nama tetapi hutan ini amat cantik dan sungguh menarik. Aku tidak sabar ingin menikmati keindahan hutan tersebut. Kami semua menaiki bas ekspres menuju ke hutan yang kami ingini.

Dalam perjalanan, si Samsudin yang tengah asyik melihat kat tepi tingkap bas tiba-tiba terlihat sesuatu. Dia ternampak suatu benda yang tidak dapat dilihat dengan jelas. Dia tidak mempedulikan benda itu. Sedang bas bergerak dengan lancar, tiba-tiba enjin bas terhenti dan kami sekumpulan tertolak ke depan. Aduh! Sakit benar. Pemandu bas itu cuba keluar dan cuba menyelesaikan masalah tersebut.

Kami di dalam bas kesakitan akibat tertolak ke depan. Si Rohim, Masri, Arfieyan, Rajaharan, & Dextor mengemas barang yang jatuh bertaburan di bawah bas. Aku & Samsudin keluar dari bas untuk membantu si pemandu bas. Semakin lama semakin bas ini tiada apa2 masalah kerosakan. Namun, si pemandu bas tersebut cuba menghidupkan enjin. Ternyata sia-sia. Enjin tersebut tidak dapat dihidupkan.

Si pemandu bas menyarankan supaya kami bersiap sedia untuk berjalan kaki ke destinasi yang kami inginkan kerana destinasi tersebut tidak berada jauh dari tempat kami berhenti. Dia juga sarankan supaya kami bertujuh sahaja yang pergi sementara dia membaiki basnya sendirian. Kami pun tanpa alasan terus pergi meninggalkannya sendirian. Tetapi aku berat hati nak tinggalkan dia sendirian di tempat yang berdekatan hutan.

Selepas setengah jam kami berjalan, akhirnya kami sampai ke destinasi yang kami ingini. Hutan tersebut betul2 berada di depan mata. Alangkah! Sungguh menakjubkan apabila melihat keindahan hutan tersebut. Kami tunggu apa lagi, terus masuk ke hutan untuk mencari tempat perkhemahan. Dalam pada itu, sedang si pemandu bas asyik membaiki basnya, tiba2 dia terdengar sesuatu bunyi yang pelik. Dia tidak dapat mengenalpasti bunyi itu. Dia kembali membaiki basnya semula. Sedang dia membaiki, tiba2 ada suatu lembaga berwarna hitam datang dari belakangnya.

Si pemandu bas itu pun merasa bulu romanya berdiri. Dia yakin ada sesuatu di belakangknya. Tanpa berfikir panjang, dia pun terus menoleh ke belakang. Alangkah terkejut besar dia melihat lembaga itu. Akhirnya dia menembuskan nafasnya yang terakhir kerana dibunuh kejam oleh lembaga tersebut. Kami semua asyik menikmati hutan tersebut. Aku , Arfieyan & Masri ingin mengambil air di sungai yang berhampiran sana. Rohim & Shamsudin akan mengambil kayu kering utk menghidupkan unggun api pada malam ini.

Sedang Dextor & Rajaharan mendirikan khemah, tiba2 ada sesuatu bunyi yang pelik. Si Raja pun terkejut dan memalingkan mukanya ke arah si Dextor. Si Dextor pun terkejut sama. Bunyi itu semakin lama semakin dekat dengan mereka berdua. Si Raja & Dextor pun terketar2 dan bulu roma pun meremang. Aku & Arfieyan sempat datang sebelum mereka dikacau. Aku bertanyakan kepada mereka. Mereka berkata tiada apa2. Hari dah hampir Maghrib dan kami semua pun bersiap-sedia mahu menunaikan solat Maghrib. Tetapi, si Rohim & Sham belum pulang2.

Akhirnya mereka pun sampai. Lalu lepas ambil wuduk mereka berdua join kami bersolat. Si Raja & Dextor menyiapkan unggun api dan memanaskan air utk minum petang. Malam itu, kami bercadang untuk mandi di sungai itu. Aku, Arfieyan, & Raja mandi dulu. Kemudian baru la Sham, Rohim & Dextor. Apabila kami bertiga mandi, si Raja yang asyik mandi itu terdengar bunyi yang pelik yang pernah dia dengar tadi petang. Dia terus membisikkan aku. Aku pun terkejut kerana terdengar bunyi tersebut bersama si Arfieyan. Aku cuba mencari dari mana datangnya bunyi tersebut. Aku terkejut dan bulu roma ku meremang apabila melihat satu lembaga yang berupa manusia itu menyanyi. Bunyi itu rupanya datang daripada lembaga tersebut. Arfieyan & Raja pun terkejut melihatnya. Si Arfieyan terpijak sesuatu yang tajam lalu menjerit. Lembaga itu terkejut, lalu berpaling muka ke arah kami. Kami bertiga ketakutan kerana rupa lembaga itu sungguh dahsyat.

Kami terus lari lintang pukang diikuti jeritan kami meminta tolong. Setibanya sampai di khemah, si Dextor & si Sham dilihatnya kami mereka terbaring di atas tanah. Aku terus mengejutkan si Sham. Tetapi dia tak bangun. Aku memalingkan mukanya. Alangkah terkejutnya aku! Mukanya begitu dahsyat. Aku, ARfieyan & Raja ketakutan. Si Dextor pun serupa dgn si Sham. Ya Allah! Selamatkanlah kami!!! Aku tertanya2 mana perginya si Rohim. Kami terus berlari dan aku memberi isyarat supaya jangan berpecah. Kami bertiga terus berlari sekuat hati untuk menuju ke arah bas ekpres dan mencari pemandu bas tersebut.

Setibanya sampai ke dalam bas ekpres tersebut, aku mencari si pemandu bas di dalam. Tetapi tiada. Si Arfieyan menjerit. Dia ternampak mayat si pemandu bas. Muka si pemandu bas itu sama seperti muka si Sham & Dextor. Kami sungguh sedih & ketakutan. Kami pun terus menghidupkan enjin. Enjin tersebut hidup. Lalu kami bertiga berangkat. Kami terus pergi meninggalkan kenangan seram yang tidak dapat dilupakan. Pihak atasan & tentera di arahkan pergi menyiasat apa2 yang berlaku. Mereka mencari mayat kawan2 kami. Mereka dapat menjumpai, tetapi mayat si Rohim tidak ditemui. Kami bertiga pun suspen.

5 tahun sudah berlalu, malam itu aku & keluarga ku pun dah tidur. Dalam tidur ku, aku termimpi. Aku mimpikan si Rohim yang tengah menjerit & ketakutan berada di tengah hutan tersebut. Dan akhirnya aku terjaga juga. Aku mengucap & setiap malam aku berdoa agar si Rohim dapat dilindungi. Selepas itu, aku tidak dapat bermimpi mahupun mengetahui apa2 berita tentang si Rohim.